BOLKIAH GARRISON, Thursday, 4 September 2025 – A Gema Marhaban ceremony to mark the 12th night of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) for the Ministry of Defence was held at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison. Similar ceremonies were also held simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus and garissons.
Joining the congregation as guest of honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander. Also present were senior officers, officers and personnel from Ministry of Defence and RBAF.
The event commenced with mass Fardhu Maghrib prayers, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and proceeded with the Sirah Nabawiyah titled 'The Final Day in the Life of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (PBUH)' delivered by Warrant Officer 2, Haji Johary bin Haji Mohd Salleh from the Religious Directorate RBAF.
The event proceeded to a Dikir Assalamualaika followed by Fardhu Isya' prayers, Selawat Badriyah and Dikir Diba'ie and concluded with the recitation of Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.
This Dikir Maulud marks the conclusion of 12 consecutive nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) before the Maulud Nabi Mass Gathering and Procession scheduled on 6 September 2025 at the Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.





KEMENTERIAN PERTAHANAN ADAKAN MAJLIS GEMA MARHABAN MALAM KE-12 RABIULAWAL SEMPENA MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM (SAW) 1447 HIJRAH
BOLKIAH GARISON, Khamis, 4 September 2025 – Majlis Gema Marhaban bagi menandakan malam ke-12 Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, telah diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison. Majlis serupa juga dilaksanakan di seluruh Surau-Surau dan Masjid Perkhemahan ABDB.
Menyertai para jemaah dan selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama. Turut hadir pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, dan disusuli dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, dan penyampaian Sirah Nabawiyah bertajuk 'Hari Terakhir Kehidupan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh Pegawai Waran 2 Haji Johary bin Haji Mohd Salleh dari Jabatanarah Agama ABDB.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, dan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah kemudiannya diteruskan dengan Selawat Badriyah dan Dikir Diba'ie. Acara telah diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Dikir Maulud ini menandakan penutupan 12 malam berturut-turut Dikir Maulud sebagai memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW) sebelum Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 6 September 2025 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.